Tuesday 25 September 2012

Lagi Kes Penduduk Kelantan Menganggur

Meme indah kalau hari-hari kita duduk berkecek pasal syurga. Tapi lagi indah kalau tanggungjawab kita sebagai pemimpin untuk menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan kepada rakyat yang berhak di tunaikan dengan sebaiknya. 

Bukan niat penulis untuk mengutuk dan memburukkan negeri sendiri, tapi inilah hakikat yang berlaku. Dop rok we hari-hari dijamu dengan kuliah dan ajaran hok belum tentu betul ajaran yang disampaikan. Perut nak kena isi. Anok beranak nak kena makan. Maka berlaku lah kes hok macam ni bila tiada kerja. 

Baru-baru ni ada hak kena hukum jel disebabkan mencuri kerana tiada kerja. Sebab tu aku terkadang menyokong Masitah mengenai saranannya untuk memberi pekerjaan kepada orang yang macam ni.

Kerajaan PAS maha zalim. Hak rakyat untuk mendapat kerja dan hidup yang selesa di tanah kelahiran sendiri dinafikan. Masa untuk berubah. InsyaAllah BN akan bangkit dan berjaya di bumi Kelantan pada PRU13 ini.

Tuesday 11 September 2012

Masa Untuk Rakyat Kelantan Berubah Angin

Alhamdulillah rakyat Kelantan kali ini akan berubah angin.. InsyaAllah mandat akan diberikan kepada BN pada PRU 13 kali ini untuk memperbaiki dan memajukan Negeri Kelantan untuk kemudahan rakyat bersama.

Ini antara bukti perubahan angin rakyat Kelantan. Tahniah dan syabas kepada yang telah berubah anginnya. InsyaAllah perubahan ini akan memberi manfaat kepada semua di dudnia dan akhirat.. amin...


Kosong! Majlis hari raya yang hambar.
Usaha sambung nyawa PAS Kelantan di Parlimen Tumpat khasnya di DUN Wakaf Baru berakhir dengan hambar semalam. Di sebelah siangnya majlis jamuan hari raya tidak mendapat sambutan langsung setelah terdapat penentangan diperingkat akar umbi PAS manakala di sebelah malamnya pula tidak lebih 1,500 orang hadir di dalam ceramah raksasa bertajuk “Pertahankan Kerajaan Islam Kelantan”.
Jika perhitungan semalam diambil serius bererti hanya 1,500 orang yang mahu mendengar ceramah mengenai mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan. Apa jadi selebihnya? DUN Wakaf Baru mempunyai lebih 20,000 pengundi berdaftar dan Parlimen Tumpat pula mencecah hampir 100,000 pengundi. Ia merupakan antara kawasan Parlimen yang teramai pengundinya. Parlimen Tumpat mempunyai 4 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 3 daripadanya dimenangi oleh PAS dalam PRU 12 2008 lalu.
Sebelum ini pihak penganjur galak meramalkan jumlah kehadiran yang luar biasa kerana beberapa faktor yang antaranya ialah kerana ia dibuat di perkarangan rumah Ketua Cawangan UMNO di dalam DUN Wakaf Baru. Pihak penganjur juga secara terbuka mengucapkan ribuan terima kasih kepada blog ini kerana memberikan pelbagai publisiti untuk program tersebut. Malangnya, blog ini pun tidak mampu untuk membantu PAS di Tumpat dan Wakaf Baru.
Pelbagai aktiviti dan persediaan tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini blog ini melaporkan rungutan daripada akar umbi PAS yang mendakwa tidak senang dengan penganjuran yang ‘ada udang disebalik batu’ kata mereka. Ini mengakibatkan ada dikalangan mereka secara terbuka menyatakan penentangan menerusi sms-sms dan edaran nota.
Ceramah raksasa disebelah malam itu juga menyaksikan kehadiran 3 gergasi PAS hadir memberikan ceramah ialah YB PAS Tumpat, YB PAS Wakaf Baru dan Musyidul AM PAS sendiri iaitu Nik Aziz. Namun begitu nama YB Timbalan Menteri Besar yang juga ADUN PAS Pasir Pekan, iaitu salah satu DUN dalam Parlimen Tumpat tidak pula tersenarai. Turut tercicir ialah ADUN Kelaboran dan juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Kelantan yang tercemar dengan khabar angin menjadi suami kepada bekas penyanyi dan pelakon Abby Abadi.
Mesyuarat demi mesyuarat gagal menjadikan program ini suksess.
Apa yang jelas ialah ahli PAS di peringkat akar umbi kini secara terang-terangan memboikot aktiviti-aktiviti Parti mereka tanpa segan silu lagi. Fenomena ini begitu ketara sejak hampir dua tahun kebelakangan ini bukan sahaja terhadap aktiviti PAS di dalam Kelantan tetapi juga aktiviti-aktiviti PAS Kelantan di Kuala Lumpur dan lain-lain tempat.
Kemabukan pimpinan PAS dengan slogan ke Putrajaya berkemungkinan berakhir dengan kehilangan penguasaan mereka di Kelantan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran.
Pertahankan Kerajaan PAS Kelantan hanya bersandar kepada 1,500 orang pendengar sahaja. Semua foto ehsan KB Guy. -Sumber Kickdefella