Thursday 29 November 2012

Datuk Alwi dedah Nik Aziz, Isteri dan konco ada harta tanah??

Wohhh.. berigak.. ada banyak harta rupanya Menteri Besar Nik Aziz ni.. ada tanah tak jadi masalah, tapi tanah tersebut diberi kepada kroni-kroni. Isteri pun dapat jugak. Tok Guru ter, acu bui penjelasan la YB Alwi tanya tu... bila bayar? banyak mana bayar? Tanah SEDC tuu..







Kuat selera YB kito ni, kejar dunia jugok wehhh... tahniah amboorangkampung



Dia sebagai pengerusi SEDC, tapi tanah tu dia sendiri memiliki, nama YB-YB lain pun ado jugok.. sedak weehhhh bbagi tanohhh...


1. Apakah penjualan lot tanah tersebut di lakukan secara terbuka atau di buat secara rasmi atau  dibuat  secara tertutup?

2. Apakah semua kroni telah membayar dan menjelaskan kesemua tanah yang di beli?.

3. Berapa jumlah wang yang dikutip? 

4. Berapa orang orang dapat?


Md Alwi menjelaskan bahawasanya pecah tanah LOT 51 adalah kepunyaan tuan besar Nik Aziz . Apakah hal ini benar seperti yang di jelaskan oleh Md Alwi ?


Rakyat Kelantan menunggu saat penjelasan Nik Aziz dalam hal ini kerana ianya melibatkan kredibiliti seorang Tuan Guru yang tidak pernah silap dalam memerintah Kelantan.



Sunday 18 November 2012

Doa PAS kepada UMNO

Pas mendoakan kehancuran UMNO yang kononnya UMNO zalim. Siapa yang zalim? Tak zalimkah PAS bila rakyat Kelantan tidak mendapat peluang pekerjaan dan terpaksa mencari rezeki di negeri orang lain. Tak zalimkah PAS bila kebanyakan rakyat Kelantan terpaksa menggunakan air boring (air tanah) untuk keperluan seharian. Tak zalimkah kerajaaan PAS bila fasiliti dan segala kemudahan dalam negeri tidak dapat disediakan untuk rakyat Kelantan? Tak zalimkah PAS bila ramai rakyat Kelantan hidup miskin dengan kadar gaji yang kecil di bumi Kelantan? dan macam-macam kezaliman yang dilakukan PAS yang tidak disedari rakyat.
Jangan doa makan diri sendiri sudahlah.

Komen Nik Aziz katanya UMNO tolak ISLAM. Mana kenyataan dari pihak UMNO yang dikatakan menolak ISLAM. ISLAM ialah agama persekutuan dalam negara ini dan tiada siapa boleh pertikai.
Tak laksanakan hudud adakah bermakna tolak islam?. Ya hudud wajib, tapi kepada negara yang mampu laksanakannya. Kepada yang tak mampu, ada banyak cara lain dan sebagainya.
Sama juga dengan menjawab salam, ianya wajib, tapi kalau seseorang itu tak menjawab salam, adakah ia bermakna tolak Islam? ada otak fikir lah.