Tuesday 14 August 2012

Forum Husam Musa VS Annuar Musa

Tengah belek-belek youtube, terjumpa forum ni. Layan la jugak. Ada benarnya kata-kata Annuar Musa. Rupa-rupanya beliau dah berjuang mengenai kemajuan Negeri Kelantan ini dah lama dahulu. Orang UMNO nampak untuk bangunkan Kelantan dari zaman dulu lagi. Namun masyarakat Kelantan telah digelapkan dan disogok dengan cerita-cerita dan ajaran yang memesongkan disebalik imej pemimpin yang berpewatakan alim dan kononnya berilmu. TSAM meme terbaik!







Thursday 9 August 2012

Skandal Ladang Depu Husam Musa

Kantoi berigak projek Depu Husam Musa yang mana Negeri Kelantan akan Menjadi Koridor Depu pada suatu masa nanti.Teknik nak tanam Depu pun dia tak reti macam mana nak hasilkan depu.

Berdasarkan penduduk tempatan (orang kampung yang mahir mengenai selok belok hasil hutan), pokok depu harus di tanam tanpa menebang pokok hutan yang lain sebelum menanamnya. Orang kampung kata keadaan mestilah "NAUNG' atau dengan bahasa biasa "TEDUH". Baru lah pokok depu tersebut hidup dengan elok. Sama dengan pokok durian. Mana ada orang tanam pokok durian di kawasan lapang, mesti mati lah pokok tu.

Bila dah mati pokok depu, pekerja dia datang tanam yang lain (ganti). Lawok lah kerja Husam ni.Tak ada ilmu, bercakap degar-degar macam dia paling pandai dalam dunia ni. Orang kampung jauh lagi pandai dari dia. Nanti tunggu lah gapo hasil negeri koridor depu nih. Kos dah habis banyak semestinya. Kos untuk sodok hutan, kos pekerja, kos anak depu dan lain-lain lagi yang mana sepatutnya boleh dikurangkan sekiranya pengurus projek mempunyai ilmu yang cukup. Masa pun dah lama ni, sepatutnya rakyat Kelantan akan dapat hidup selesa dengan hasil Depu ni suatu hari nanti yang entah bila akan kunjung tiba. kredit to ambo orang kampung.

http://www.youtube.com/watch?v=EGv7mMDmA30&feature=player_embedded


Tuesday 7 August 2012

Masalah Air di Kelantan Berterusan

Hari raya Aidilfitri dah semakin dekat. Nantikan kesusahan yang bakal dinikmati oleh rakyat Kelantan dibawah pemerintahan maha zalim PAS.