Friday 9 December 2011

Sebumbung dengan Kambing - Orang Pulau Gajah, Pengkalan Chepa, Kelantan

Kesian orang senegeri dgn aku ni.. Pengkalan Chepa tu bukan kat Hulu Kelantan.. Pengkalan Chepa tu salah satu daerah di Kota Bharu bandar serambi mekah. Kalau sesiapa tidak pernah sampai ke Kampung Pulau Gajah, sila lah datang. Boleh lihat sendiri macamana kawasan sekitar Kampung tersebut. Buleh tengok sepanjang jalan masuk dan keluar dari Kampung tu. 

Aku kasihan dengan penduduk di Kampung berkenaan. Jalan untuk masuk ke kampung tu teramat lah teruk. Kalau selisih kereta dari depan, terpaksalah kita bagi laluan, salah satu kereta kena masuk tepi hutan atau baruh. Jalan berlubang dan penuh dengan semak dah menjadi kebiasaaan bagi penduduk di situ. Rata-rata kawan aku dari Kampung tersebut akan mengeluh mengenai hal itu.  Bukan pendek laluannya, dalam kampung itu sahaja aku boleh cakap ada la dalam 5 kilometer jauh kedalam dan boleh terus keluar melalui Kampung Sabak.


Yang sebenarnya, kampung Pulau Gajah ialah satu kampung yang berpotensi untuk dimajukan. Ianya merupakan jalan utama kepada nelayan untuk keluar masuk terutamanya ke pusat bandar ataupun pengkalan chepa. Pendapatan utama bagi penduduk disitu ialah hasil laut. Muara yang telah ditambak dengan batu menjadi penjamin agar nelayan secara terus-terusan dapat ke laut untuk mencari rezeki. 


Aku percaya, sekiranya dibangunkan dgn baik, kawasan tersebut boleh menjadi pengkalan pendaratan ikan yang utama tiada bezanya dengan Tok Bali. Kawasan tersebut juga berpotensi menjadi kawasan pelancongan yang baik sekiranya di usahakan. Namun sayang, rezeki yang terhidang luas tidak dapat di manfaatkan dengan sebetulnya. 


Lagi sumber -   Sini

No comments:

Post a Comment