Sunday, 8 January 2012

Hakisan Pulau Pak Amat, Pengkalan Chepa





Aku tumpang bersedih atas apa yang berlaku kepada penduduk Pulau Pak Amat yang bernaung dibawah jajahan Pengkalan Chepa. Untuk makluman semua hakisan yang teruk telah berlaku di kampung ini. Suatu ketika dahulu, kampung ini meriah dengan aktiviti nelayan. Ianya merupakan tempat yang utama kepada nelayan disekitar ini untuk mencari rezeki.

Aku masih teringat masa aku kecil dulu, kampung ini amat meriah. Tapi sekarang, kampung nih dah jadi amat suram. Ramai telah berhijrah. Takut dilambung ombak.

Rumah salah seorang penduduk, merangkap datuk kepada kawan aku, rumahnya dijual hanya dengan harga seribu ringgit . Kemudian diroboh untuk diambil kayunya. sedih.

Belum kira chalet yang telah dibangunkan di kawasan itu. Terpaksa gulung tikar. sedihh lagi.

Harus di ingat, kampung bersebelahan telah mendapat pembelaan dari kerajaan BN. Tambak telah dibina dan penduduk di kampung tersebut telah selamat sampai sekarang tiada lagi masalah hakisan.

Aku dimaklumkan, kerajaan negeri ada turun dan telah membina tambak menggunakan batang kelapa. Aku sendiri saksikan batang kelapa tersebut di jadikan benteng. Namun, sekali ombak melanda, habis batang kelapa tersebut di hanyutkan.

Ya, sekarang beberapa penduduk di kawasan berkenaan telah mendapat pampasan dari kerajaan negeri. Itu pun bukan semua penduduk. Macamana dengan penduduk yang telah berpindah pada peringkat awal? macamana dengan penduduk yang tanahnya sekarang berada di tengah laut?

Dan mengikut makluman, penduduk tersebut di berikan tanah pampasan di daerah Pasir Mas. Apa?? jauh betul. Apa yang rakyat berkebolehan sebagai nelayan boleh cari makan kat Pasir Mas? macamana dia nak cari rezeki? aku terima aduan berikut secara terus dari penduduk berkenaan dan bukannya omong kosong.

Sepatutnya kawasan ini dapat dibangunkan menjadi satu pusat nelayan untuk mencari rezeki. Binalah tambak yang sepatutnya. Juga kawasan ini berpotensi untuk daijadikan kawasan pelancongan yang menarik. Lokasi pun bukan jauh dari Airport. Namun semua tu disia-siakan. Yang jadi mangsa, rakyat kawasan berkenaan. Hak mereka dinafikan.

Lagi satu, jalan laluan masuk ke kampung berkenaan amatlah teruk. Teramat daif. Kalu tak percaya dengan berita ini, turun sendirilah ke kawasan berkenaan. Buka mata seluasnya lihat keadaan sebenar.

lagi sumber:

1 comment:

  1. Tambak guna batang kelapa? Lain kali jangan undi PAS sebab tak gheti ghapo pung.

    ReplyDelete