Nampaknya pemerintahan PAS di Kelantan sudah NAZAK dan TERDESAK.. macam-macam isu ditimbulkan oleh PAS untuk menarik kembali sokongan penduduk negeri Kelantan terhadap PAS..
Isu terkini ialah pembinaan highway Machang - Kuala Krai. Free toll. fuh hebat kerajaan Negeri kita nih. Mohon pakat derma untuk cukupkan RM1.8 billion. Peluang untuk dapatkan pahala ni.. InsyaAllah.
Tapi, kalau nak ikut kan trek rekod cara ini, apa dah jadi dengan kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru??. Ambillah pengajaran dari projek-projek lepas.
Dari pengamatan saya sebagai pengguna yang tersangkut didalam kesesakan setiap kali musim perayaan di Kelantan, kesesakan selalunya berlaku dari Machang ke Kuala Krai pada setiap selepas musim perayaan, Kesesakan adalah disebabkan jalan yang sempit di dalam Kuala Krai. itu sahaja! Selepas Kuala Krai, kesesakan kembali reda.
Kenapa tidak kerajaan negeri buat satu lencongan tanpa melalui bandar Kuala Krai?? Sama juga kes di persimpangan di Gua Musang.
Kalau nak buat highway, kenapa tidak buat highway dari Kuala Krai ke Gua Musang yang saya nampak rakyat lebih memerlukannya kerana ianya lebih jauh dan lebih berbahaya kepada pengguna.
Lagi satu, kenapa tidak buat jalan penuh dua lorong dari kota Bharu ke bandar Pasir Puteh??
Kalau projek untuk buat lebuhraya yang pendek ini pun memerlukan derma rakyat, apatah lagi projek lebuhraya dari Machang ke Gua Musang. Agak-agak tahun keberapa ribu baru kerajaan negeri boleh buat yee??

Boleh kata setiap kali pilihanraya mesti ada saja janji-janji manis hak tidak boleh ditunaikan akan ditabur. Letih dengan puak-puak nih.
Yang aku kagum ialah kesabaran rakyat Kelantan hidup dalam keadaan daif dan susah. Rakyat kelantan memang penyabar. Aku kagum. Kali ni, aku percaya, rakyat Kelantan akan lebih sabar dan bijak untuk menukar parti pemerintah demi orang tua, anak-anak dan seluruh rakyat Kelantan untuk dapat hidup dalam keadaan yang lebih berkualiti. InsyaAllah.
Percaya lah wahai rakan-rakan senegeri ku, segala apa yang akan dibuat oleh PAS adalah tiada beza seperti yang telah dibuat oleh BN. Malah mereka lebih tidak pandai mengurus wang rakyat. Banyak projek terbengkalai akibat kerenah perangai dan beribu-ribu alasan.
Masyarakat dunia hari ini tidak dapat hidup dengan pelbagai alasan yang diberikan. Alasan tidak menyelesaikan masalah. Sikap menunding jari kepada pihak lain dah jadi makanan harian puak-puak PAS. Aku dah muak dan jelek dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Merapu.
No comments:
Post a Comment