Tuesday, 2 April 2013

Jasa-jasa PAS Kelantan - OG

AD dapat maklumat dari otak geliga, PAS Kelate meme banyak  jasa mereka. Najib pun tak leh setaro ni.

Sunday, 2 December 2012

Islam Bukan Pas, Umpama Selipar Jepun Dengan Jepun - Alwi


Tahniah YB Alwi. Memang kemas ucapan beliau sebagai Perwakilan Kelantan di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Hayati lah, buka minda kita semua. Parti PAS memang tak pandai nak urus Negeri. Kerajaan PAS maha Zalim, disebabkan kebodohan pemimpin itu, rakyat terpaksa menanggung kesusahan.

Thursday, 29 November 2012

Datuk Alwi dedah Nik Aziz, Isteri dan konco ada harta tanah??

Wohhh.. berigak.. ada banyak harta rupanya Menteri Besar Nik Aziz ni.. ada tanah tak jadi masalah, tapi tanah tersebut diberi kepada kroni-kroni. Isteri pun dapat jugak. Tok Guru ter, acu bui penjelasan la YB Alwi tanya tu... bila bayar? banyak mana bayar? Tanah SEDC tuu..







Kuat selera YB kito ni, kejar dunia jugok wehhh... tahniah amboorangkampung



Dia sebagai pengerusi SEDC, tapi tanah tu dia sendiri memiliki, nama YB-YB lain pun ado jugok.. sedak weehhhh bbagi tanohhh...


1. Apakah penjualan lot tanah tersebut di lakukan secara terbuka atau di buat secara rasmi atau  dibuat  secara tertutup?

2. Apakah semua kroni telah membayar dan menjelaskan kesemua tanah yang di beli?.

3. Berapa jumlah wang yang dikutip? 

4. Berapa orang orang dapat?


Md Alwi menjelaskan bahawasanya pecah tanah LOT 51 adalah kepunyaan tuan besar Nik Aziz . Apakah hal ini benar seperti yang di jelaskan oleh Md Alwi ?


Rakyat Kelantan menunggu saat penjelasan Nik Aziz dalam hal ini kerana ianya melibatkan kredibiliti seorang Tuan Guru yang tidak pernah silap dalam memerintah Kelantan.



Sunday, 18 November 2012

Doa PAS kepada UMNO

Pas mendoakan kehancuran UMNO yang kononnya UMNO zalim. Siapa yang zalim? Tak zalimkah PAS bila rakyat Kelantan tidak mendapat peluang pekerjaan dan terpaksa mencari rezeki di negeri orang lain. Tak zalimkah PAS bila kebanyakan rakyat Kelantan terpaksa menggunakan air boring (air tanah) untuk keperluan seharian. Tak zalimkah kerajaaan PAS bila fasiliti dan segala kemudahan dalam negeri tidak dapat disediakan untuk rakyat Kelantan? Tak zalimkah PAS bila ramai rakyat Kelantan hidup miskin dengan kadar gaji yang kecil di bumi Kelantan? dan macam-macam kezaliman yang dilakukan PAS yang tidak disedari rakyat.
Jangan doa makan diri sendiri sudahlah.

Komen Nik Aziz katanya UMNO tolak ISLAM. Mana kenyataan dari pihak UMNO yang dikatakan menolak ISLAM. ISLAM ialah agama persekutuan dalam negara ini dan tiada siapa boleh pertikai.
Tak laksanakan hudud adakah bermakna tolak islam?. Ya hudud wajib, tapi kepada negara yang mampu laksanakannya. Kepada yang tak mampu, ada banyak cara lain dan sebagainya.
Sama juga dengan menjawab salam, ianya wajib, tapi kalau seseorang itu tak menjawab salam, adakah ia bermakna tolak Islam? ada otak fikir lah. 


Wednesday, 3 October 2012

Bajet 2013 BN vs Pakatan Rakyat

Nampaknya Pakatan Rakyat dah gundah gulana (panah so'oh) dengan bajet yang dibentangkan oleh Najib. Kebanyakan mereka menghentam bajet tersebut tanpa point yang munasabah. Anwar Ibrahim dipulau di parlimen. Itulah akibatnya bila kita pandai meninggalkan parlimen bila kena hemtam satu ketika dahulu. Cakap la sorang-sorang tak ada siapa nak dengar. Rakyat masih tidak lupa dengan pembohongan 16 September. 

Kali ini dia nak berbohong lagi. Bohong bajet PR. Suka-suka hati main letak janji. Sekarang siapa nak gula-gulakan rakyat?? paling tidak rakyat dapat sesuatu dari bajet BN berbanding bajet PR. Air liur tak laku la wehh..





Tuesday, 25 September 2012

Lagi Kes Penduduk Kelantan Menganggur

Meme indah kalau hari-hari kita duduk berkecek pasal syurga. Tapi lagi indah kalau tanggungjawab kita sebagai pemimpin untuk menyediakan prasarana dan peluang pekerjaan kepada rakyat yang berhak di tunaikan dengan sebaiknya. 

Bukan niat penulis untuk mengutuk dan memburukkan negeri sendiri, tapi inilah hakikat yang berlaku. Dop rok we hari-hari dijamu dengan kuliah dan ajaran hok belum tentu betul ajaran yang disampaikan. Perut nak kena isi. Anok beranak nak kena makan. Maka berlaku lah kes hok macam ni bila tiada kerja. 

Baru-baru ni ada hak kena hukum jel disebabkan mencuri kerana tiada kerja. Sebab tu aku terkadang menyokong Masitah mengenai saranannya untuk memberi pekerjaan kepada orang yang macam ni.

Kerajaan PAS maha zalim. Hak rakyat untuk mendapat kerja dan hidup yang selesa di tanah kelahiran sendiri dinafikan. Masa untuk berubah. InsyaAllah BN akan bangkit dan berjaya di bumi Kelantan pada PRU13 ini.