Tuesday, 7 August 2012

Masalah Air di Kelantan Berterusan

Hari raya Aidilfitri dah semakin dekat. Nantikan kesusahan yang bakal dinikmati oleh rakyat Kelantan dibawah pemerintahan maha zalim PAS.

Friday, 20 July 2012

Arak Kelantan

Selama ini PAS tunding jari pada UMNO.. Dia pun sama laaaaa... Ini lah hasil pemerintahan orang yang cakap tak serupa bikin...

Thursday, 19 July 2012

Masalah Air di Pasir Mas


Oii.. banyak lagi kerja lain orang boleh buat daripada buang masa untuk pergi kutip punggah air.. macam mana islam nak maju dengan kerajaan macam ni. Kerajaan PAS maha zalim! 

Tuesday, 19 June 2012

Kenyataan dari bekas orang kuat PAS.. dengar dan hayati lahh..

Assalamualaikum..
Kawan-kawan, dengar dan hayatilah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Saidi ni. 
Kita selaku orang yang lebih jauh dari beliau di dalam PAS, apakah kita lebih kenal pemimpin-pemimpin PAS berbanding beliau?
Cuba letakkan diri kita di tempat beliau dan kita ingin menyampaikan yang benar, apakah persaan kita bila kenyataan kita itu di sambut dengan caci maki yang tak berkesudahan.
Ya Allah, bantulah hambamu ini, Tunjukkanlah kebenaran. Aminn..








Friday, 1 June 2012

Kelantan oh Negeriku

Nampaknya pemerintahan PAS di Kelantan sudah NAZAK dan TERDESAK.. macam-macam isu ditimbulkan oleh PAS untuk menarik kembali sokongan penduduk negeri Kelantan terhadap PAS.. 

Isu terkini ialah pembinaan highway Machang - Kuala Krai. Free toll. fuh hebat kerajaan Negeri kita nih. Mohon pakat derma untuk cukupkan RM1.8 billion. Peluang untuk dapatkan pahala ni.. InsyaAllah.

Tapi, kalau nak ikut kan trek rekod cara ini, apa dah jadi dengan kepada Projek Depu, Kambing Jamnapari, Dinar Emas dan Bazar Tok Guru??. Ambillah pengajaran dari projek-projek lepas.

Dari pengamatan saya sebagai pengguna yang tersangkut didalam kesesakan setiap kali musim perayaan di Kelantan, kesesakan selalunya berlaku dari Machang ke Kuala Krai pada setiap selepas musim perayaan, Kesesakan adalah disebabkan jalan yang sempit di dalam Kuala Krai. itu sahaja! Selepas Kuala Krai, kesesakan kembali reda.

Kenapa tidak kerajaan negeri buat satu lencongan tanpa melalui bandar Kuala Krai?? Sama juga kes di persimpangan di Gua Musang.

Kalau nak buat highway, kenapa tidak buat highway dari Kuala Krai ke Gua Musang yang saya nampak rakyat lebih memerlukannya kerana ianya lebih jauh dan lebih berbahaya kepada pengguna.

Lagi satu, kenapa tidak buat jalan penuh dua lorong dari kota Bharu ke bandar Pasir Puteh??

Kalau projek untuk buat lebuhraya yang pendek ini pun memerlukan derma rakyat, apatah lagi projek lebuhraya dari Machang ke Gua Musang. Agak-agak tahun keberapa ribu baru kerajaan negeri boleh buat yee??

Boleh kata setiap kali pilihanraya mesti ada saja janji-janji manis hak tidak boleh ditunaikan akan ditabur. Letih dengan puak-puak nih.

Yang aku kagum ialah kesabaran rakyat Kelantan hidup dalam keadaan daif dan susah. Rakyat kelantan memang penyabar. Aku kagum. Kali ni, aku percaya, rakyat Kelantan akan lebih sabar dan bijak untuk menukar parti pemerintah demi orang tua, anak-anak dan seluruh rakyat Kelantan untuk dapat hidup dalam keadaan yang lebih berkualiti. InsyaAllah.


Percaya lah wahai rakan-rakan senegeri ku, segala apa yang akan dibuat oleh PAS adalah tiada beza seperti yang telah dibuat oleh BN. Malah mereka lebih tidak pandai mengurus wang rakyat. Banyak projek terbengkalai akibat kerenah perangai dan beribu-ribu alasan. 

Masyarakat dunia hari ini tidak dapat hidup dengan pelbagai alasan yang diberikan. Alasan tidak menyelesaikan masalah. Sikap menunding jari kepada pihak lain dah jadi makanan harian puak-puak PAS. Aku dah muak dan jelek dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS. Merapu.


Thursday, 3 May 2012

Kelulusan Tanah Kerajaan PAS Negeri Kelantan

Inilah jadinya bila pengurusan yang tidak cekap (pemalas) buat kerja. Banyak kerja akan terbengkalai. Kalau tak percaya, turun lah ke Sungai Asap nu, tanya penduduk di sana, berapa ramai dah yang dapat geran sejak 20 tahun ini?

Bila pergi mengadu kepada MB, MB suruh refer pada orang bawahan. Bila refer pada orang bawahan, orang bawahan buat tak tahu. Surat dah hantar, dokumen dah hantar tapi tiada sebarang tindakan.

Aku kasihan tengok saudara aku yang naik turun ke kawasan tu untuk usahakan tanah yang masih tidak dapat dimiliki walaupun telah kehabisan duit, masa dan tenaga untuk usahakan tanah berkenaan. 

Nasib lah, dia sendiri yang pilih kerajaan tu. Dia sendiri yang taksub dengan kerajaan tu. Aku sekadar memerhati dari jauh. Rasakan....

Sunday, 8 January 2012

Hakisan Pulau Pak Amat, Pengkalan Chepa





Aku tumpang bersedih atas apa yang berlaku kepada penduduk Pulau Pak Amat yang bernaung dibawah jajahan Pengkalan Chepa. Untuk makluman semua hakisan yang teruk telah berlaku di kampung ini. Suatu ketika dahulu, kampung ini meriah dengan aktiviti nelayan. Ianya merupakan tempat yang utama kepada nelayan disekitar ini untuk mencari rezeki.

Aku masih teringat masa aku kecil dulu, kampung ini amat meriah. Tapi sekarang, kampung nih dah jadi amat suram. Ramai telah berhijrah. Takut dilambung ombak.

Rumah salah seorang penduduk, merangkap datuk kepada kawan aku, rumahnya dijual hanya dengan harga seribu ringgit . Kemudian diroboh untuk diambil kayunya. sedih.

Belum kira chalet yang telah dibangunkan di kawasan itu. Terpaksa gulung tikar. sedihh lagi.

Harus di ingat, kampung bersebelahan telah mendapat pembelaan dari kerajaan BN. Tambak telah dibina dan penduduk di kampung tersebut telah selamat sampai sekarang tiada lagi masalah hakisan.

Aku dimaklumkan, kerajaan negeri ada turun dan telah membina tambak menggunakan batang kelapa. Aku sendiri saksikan batang kelapa tersebut di jadikan benteng. Namun, sekali ombak melanda, habis batang kelapa tersebut di hanyutkan.

Ya, sekarang beberapa penduduk di kawasan berkenaan telah mendapat pampasan dari kerajaan negeri. Itu pun bukan semua penduduk. Macamana dengan penduduk yang telah berpindah pada peringkat awal? macamana dengan penduduk yang tanahnya sekarang berada di tengah laut?

Dan mengikut makluman, penduduk tersebut di berikan tanah pampasan di daerah Pasir Mas. Apa?? jauh betul. Apa yang rakyat berkebolehan sebagai nelayan boleh cari makan kat Pasir Mas? macamana dia nak cari rezeki? aku terima aduan berikut secara terus dari penduduk berkenaan dan bukannya omong kosong.

Sepatutnya kawasan ini dapat dibangunkan menjadi satu pusat nelayan untuk mencari rezeki. Binalah tambak yang sepatutnya. Juga kawasan ini berpotensi untuk daijadikan kawasan pelancongan yang menarik. Lokasi pun bukan jauh dari Airport. Namun semua tu disia-siakan. Yang jadi mangsa, rakyat kawasan berkenaan. Hak mereka dinafikan.

Lagi satu, jalan laluan masuk ke kampung berkenaan amatlah teruk. Teramat daif. Kalu tak percaya dengan berita ini, turun sendirilah ke kawasan berkenaan. Buka mata seluasnya lihat keadaan sebenar.

lagi sumber: